???? ????????????????????????????????????????????????????! ???????????????????????????????? ????????????????????????????????????????@???????????? ???????? ???????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????????????! ????
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Karnival STEMFINITY@BYD SK Taman Merdeka telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh meriah pada 3 November 2026 (SELASA).
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua panitia mata pelajaran, guru-guru serta seluruh warga SK Taman Merdeka yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sumbangan tenaga serta idea dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Karnival ini bukan sekadar platform untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi setiap panitia, malah menjadi ruang untuk mengetengahkan bagaimana ilmu pengetahuan dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan sebenar melalui pendekatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pelbagai aktiviti menarik dan kreatif yang dipersembahkan jelas membuktikan bahawa pembelajaran STEM mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, interaktif, bermakna serta dekat dengan dunia sebenar.
Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil usaha bersama, semangat berpasukan dan komitmen seluruh warga sekolah. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan STEM serta melahirkan murid yang kreatif, inovatif, kritis dan berdaya saing dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Syabas dan tahniah kepada semua! Bersama kita menyemarakkan budaya STEM demi kecemerlangan pendidikan. ????
???? SK TAMAN MERDEKA – MENERAJUI INOVASI, MENCETUS KREATIVITI!
#SKTamanMerdeka
#STEMFINITYBYD
#KarnivalSTEM2026
#BudayaSTEM
#STEMUntukSemua