• Main
  • News

???? ???????????????????????????????? ???????????????????? ???????????????????? ???? ???????? ???????????????????? ????????????????????????????????‍♂️⚽

Alhamdulillah, Karnival Sukan Tahun 6 2026 yang berlangsung pada 5 November 2026 (Khamis) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Program ini bertujuan memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang sukan, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta persaingan secara sihat.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penyelaras serta guru yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga program seumpama ini dapat melahirkan murid yang aktif, cergas, berdaya saing serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Sesungguhnya, kemenangan bukanlah segala-galanya, tetapi semangat mencuba, kerjasama dan pengalaman merupakan kejayaan yang paling bermakna.

Syabas dan tahniah kepada semua murid Tahun 6! Teruskan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. ????

SK TAMAN MERDEKA – ASPIRASI PRESTASI!

#SKTamanMerdeka
#KarnivalSukanTahun6
#SukanUntukSemua
#KemenjadianMurid
#AspirasiPrestasi


About Us

Read More