• Main
  • News

???????? KARNIVAL KITA 2026 SK TAMAN MERDEKA ????????

Alhamdulillah, Karnival KITA 2026 SK Taman Merdeka telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan warna-warni!

Pelbagai aktiviti menarik telah mewarnai karnival kali ini, antaranya Pertandingan Mewarna Kapsul Masa Depan, Pertandingan Terrarium Mini daripada Tanah Liat serta Pertandingan Busana World Cultural Costume.

Karnival ini bukan sahaja menjadi ruang untuk murid menyerlahkan kreativiti dan bakat, malah turut memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka idea, mencuba pengalaman baharu serta membina keyakinan diri melalui aktiviti yang menyeronokkan. ????????????

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian! Terima kasih juga kepada barisan guru, jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan karnival ini.

KITA raikan kreativiti, kita suburkan potensi! ❤️

#KarnivalKITA2026 #LoveKoku #SKTamanMerdeka


About Us

Read More