• Main
  • News

???? SEKITAR KURSUS SAHSIAH PEMIMPIN MUDA SKTM 2026 ????

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Sahsiah Pemimpin Muda SK Taman Merdeka 2026 yang melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas SPBT dan Pengawas Trash-Free.

Program ini bertujuan membentuk pemimpin muda yang berintegriti, berdisiplin, berkomitmen serta mampu menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan di sekolah. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan bagi meningkatkan keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memimpin dengan bijaksana dan menginspirasikan warga sekolah melalui tindakan yang positif. ????

Pemimpin Muda Tonggak Kecemerlangan Sekolah ????

#PemimpinMudaSKTM #SKTamanMerdeka