• Main
  • News

???????? SEKITAR PROGRAM KEMENJADIAN MURID (ProKeM) 2026 TAHAP 1 ????????

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Kemenjadian Murid (ProKeM) 2026 yang melibatkan murid-murid Tahap 1 SK Taman Merdeka.

Program ini dilaksanakan bagi membantu meningkatkan potensi murid dalam aspek akademik, sahsiah dan kemahiran pembelajaran melalui aktiviti yang tersusun, menyeronokkan serta berfokus kepada pembangunan diri murid.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan komitmen yang baik, semangat untuk belajar serta kesungguhan dalam menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam membentuk murid yang lebih yakin, berdisiplin dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat serta penghargaan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. ????????

???? Kemenjadian Murid, Aspirasi Bersama ????

#ProKeM2026 #ProgramKemenjadianMurid #SKTamanMerdeka #SquadKuriMerdeka