• Main
  • News

????✨ SEKITAR KEMPEN GALAKAN MEMBACA BERSAMA ANA MUSLIM 2026 ✨????

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kempen Galakan Membaca Bersama Ana Muslim 2026 di SK Taman Merdeka. Program ini bertujuan menyemai minat membaca serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sejak usia muda.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Mewarna bagi murid Tahap 1, Program Pemerkasaan Bacaan Murid melalui AINS NILAM, di samping berinteraksi bersama wakil Ana Muslim yang berkongsi manfaat membaca sebagai jambatan kepada ilmu dan pembentukan sahsiah. Murid juga berpeluang mendapatkan bahan bacaan berkualiti melalui jualan buku yang diadakan. ????????

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Ana Muslim, warga PSS Pustaka Merdeka, guru-guru serta semua murid yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga budaya membaca terus subur dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian warga SKTM. ????????

"Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Membina Masa Depan." ✨

#KempenGalakanMembaca #AnaMuslim #AINSNILAM #PSSSKTM #SKTamanMerdeka