"Syukur Alhamdulillah, SK Taman Merdeka amat berbangga dan terharu apabila diberi penghormatan untuk menjadi lokasi penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) pada Tarikh Sabtu 13 Jun 2026 yang lepas
Penganjuran program pada kali ini melakar sejarah tersendiri dan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Kesudian YAB Ketua Menteri hadir menyerikan majlis serta menyantuni warga komuniti di kawasan sekolah ini merupakan satu penghargaan yang amat besar buat seluruh warga pendidik, para pelajar, dan ibu bapa SK Taman Merdeka.
Pihak sekolah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, agensi-agensi kerajaan yang terlibat, serta seluruh komuniti setempat atas kerjasama padu yang diberikan dalam memastikan kelancaran program murni ini. Semoga usaha sama ini membawa manfaat yang berterusan kepada masyarakat secara keseluruhannya.