???? SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKTM 2026 ????
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Taman Merdeka 2026 dalam suasana penuh kegembiraan dan kemesraan.
Pelbagai juadah disajikan, diserikan lagi dengan pakaian raya yang berwarna-warni serta persembahan menarik daripada murid-murid ????????????
Menariknya, semua persembahan adalah 100% hasil inisiatif murid yang tampil secara sukarela, manakala guru hanya bertindak sebagai pemantau — satu bukti keyakinan dan bakat hebat anak-anak SKTM! ????????
Suasana harmoni jelas terpancar apabila warga sekolah bersama-sama menikmati juadah dan mengeratkan silaturahim.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Semoga kemeriahan ini terus mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga SKTM ????
???? Maaf Zahir & Batin daripada kami semua
#HariRayaSKTM #Aidilfitri2026 #SKTamanMerdeka