????✨ SEKITAR MAJLIS PELUNCURAN MINGGU MATEMATIK & PSS SKTM ✨????
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Minggu Matematik & Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Taman Merdeka. Program ini bertujuan memupuk minat murid terhadap Matematik serta menggalakkan budaya membaca dan pencarian ilmu dalam kalangan warga sekolah.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang minggu bagi mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran berfikir serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga program ini memberi manfaat dan impak positif kepada semua murid.
???????? Jom kita semarakkan budaya ilmu dan kecemerlangan bersama!
#MingguMatematik #PSSSKTM #SKTamanMerdeka