• Main
  • News

????‍♂️ SEKITAR LATIHAN MERENTAS DESA SKTM ????‍♀️

Telah berlangsung Perjumpaan Kokurikulum SK Taman Merdeka bagi aktiviti Latihan Merentas Desa yang melibatkan semua murid Tahap 2. Program ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, daya tahan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang memberikan komitmen sepanjang latihan dijalankan. Semoga latihan ini dapat membantu murid membuat persediaan yang lebih rapi untuk kejohanan akan datang.

Syabas kepada semua murid yang menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi! ????✨

#KokurikulumSKTM #SKTamanMerdeka