Pada tarikh 2 Mac sehingga 6 Mac 2026 yang lepas, pelbagai aktiviti telah disusun atur oleh Unit dibawah HEM demi kesejahteraan warga sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi:
Mesyuarat Pengurusan HEM Bil 1/2026 (Unit 3K) untuk pemantapan aspek Keselamatan, Kesihatan, dan Kebersihan.
Pemantauan Kawasan Pembiakan Denggi Bil 1/2026 sebagai langkah pencegahan awal wabak.
Sesi dialog GPK HEM bersama penyelia dan pekerja pembersihan bagi memastikan standard kebersihan sekolah sentiasa berada di tahap optimum.