• Main
  • News

Sekalung Penghargaan & Selamat Perpisahan

Sekalung Penghargaan & Selamat Perpisahan

SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT PERPISAHAN ????

Hari ini, Jumaat (6 Mac 2026), warga SK Taman Merdeka dengan berat hati namun penuh rasa bangga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Zaidah binti A.Bakar atas segala jasa bakti, keringat, dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di sini.

"Bak air yang mengalir, tiba masanya untuk melangkah ke muara yang baru. Namun setiap kenangan dan tunjuk ajar akan tetap subur di ingatan."

Terima kasih Puan Siti Zaidah atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Kami mendoakan agar Puan sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang baik, dan terus cemerlang di mana jua Puan berada.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Selamat Maju Jaya! ????

#SKTamanMerdeka #JasamuDikenang #TerimaKasihCikgu