Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, PIBG SK Taman Merdeka (SKTM) dengan sukacitanya memaklumkan penganjuran Program Infaq Ramadan bagi meringankan beban anak2 yatim dan asnaf yang terdiri daripada murid2 SKTM.
Program ini turut bertujuan menyokong pelaksanaan aktiviti sepanjang bulan Ramadan serta persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 agar dapat diraikan dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.
Sehubungan itu, kepada ibubapa yang berhasrat untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini, sumbangan bolehlah disalurkan seperti maklumat yang tertera pada poster hebahan.
Pembayaran online :
Nama bank : Bank Rakyat
Nama akaun : PIBG SK Taman Merdeka
Nombor akaun : 11-0204511-7
Rujukan : Infaq Ramadan
Kerjasama dan sokongan tuan puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.