Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga ????
Alhamdulillah, kita bakal menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan yang penuh barakah ini membawa rahmat dan ketenangan buat kita sekeluarga.
Sepanjang Ramadan, marilah kita sama-sama membimbing anak-anak:
✨ belajar berpuasa dengan sabar
✨ menjaga adab dan tutur kata
✨ rajin solat dan membaca Al-Quran
✨ memahami makna syukur & berkongsi rezeki
Didiklah mereka bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih hati menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Semoga setiap amalan kita diterima dan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua ????
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Ikhlas daripada
Warga SK Taman Merdeka