• Main
  • News

???????? PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG & MENTOR MENTEE, SERTA PROGRAM NILAM ????????

Pada Isnin, 9 Februari 2026, telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran Program Sekolah Penyayang & Mentor Mentee serta Pelancaran Program NILAM bertempat di Dataran Merdeka, SK Taman Merdeka.

Program Sekolah Penyayang & Mentor Mentee bertujuan memupuk hubungan mesra, kasih sayang dan sokongan berterusan antara guru dan murid ????
Manakala Program NILAM pula menyemai budaya membaca serta membentuk murid yang berilmu dan cintakan buku ????✨

Gabungan dua program ini mencerminkan komitmen SK Taman Merdeka dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi sahsiah, emosi dan akademik ????????

Semoga pelaksanaan program-program ini memberi manfaat berterusan kepada seluruh warga sekolah.

#SekolahPenyayang #MentorMentee #ProgramNILAM #BudayaMembaca #SKTamanMerdeka