Alhamdulillah, pada hari Selasa, 3 Februari 2026, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Aktiviti Kokurikulum bagi sesi persekolahan 2026 di SK Taman Merdeka.
Majlis ini merupakan simbolik bermulanya penglibatan aktif murid-murid dalam ketiga-tiga komponen utama kokurikulum iaitu:
Unit Beruniform
Kelab & Persatuan
Sukan & Permainan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, serta murid-murid atas semangat luar biasa yang ditunjukkan.
Semoga tahun 2026 menjadi tahun kecemerlangan buat seluruh warga SK Taman Merdeka
#SKTamanMerdeka #UnitKokurikulum #Sesi2026 #KemenjadianMurid #PendidikanMelaka