???? HARI ORIENTASI & PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN 1 SK TAMAN MERDEKA 2025 ????
Alhamdulillah, Hari Orientasi dan Pendaftaran Prasekolah & Tahun 1 SK Taman Merdeka telah berjaya dilaksanakan pada 13 Disember 2025 bertempat di Dewan Bapa Kemerdekaan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid baharu serta ibu bapa tentang persekitaran sekolah, pengurusan pembelajaran dan hal ehwal murid bagi memastikan transisi yang lancar ke alam persekolahan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan sokongan penuh sepanjang program berlangsung. ????
Selamat datang ke SK Taman Merdeka — semoga anak-anak ini membesar sebagai murid yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing! ????