• Main
  • News

???? LATIHAN KEBAKARAN KALI KEDUA SK TAMAN MERDEKA 2025 ????

Telah berjaya dilaksanakan dengan lancar Latihan Kebakaran SK Taman Merdeka pada Rabu, 15 Oktober 2025. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua warga sekolah tentang langkah-langkah keselamatan dan tindakan segera yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Melalui simulasi ini, murid dan warga sekolah telah dilatih untuk bertindak pantas, berdisiplin serta mematuhi arahan keselamatan dengan baik. ????‍????????

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru serta murid atas kerjasama yang diberikan, dan setinggi penghargaan buat unit keselamatan yang turut membantu menjayakan latihan ini. Semoga amalan budaya keselamatan terus diterapkan dalam diri setiap warga SKTM. ????