???? PROGRAM KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SK TAMAN MERDEKA 2025 ????
Telah berlangsung dengan penuh disiplin dan semangat juang Program Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Sekolah yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini bertujuan melatih murid agar berdisiplin, berkeyakinan serta mampu bekerjasama dalam pasukan. Melalui latihan dan pertandingan kawad kaki ini, murid bukan sahaja mempamerkan kekuatan fizikal dan ketahanan mental, tetapi juga semangat setia kawan dan kepimpinan yang tinggi. ????????✨
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini terus menyemai nilai-nilai jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan warga SKTM. ????????