???? CERAMAH ANTI BULI OLEH PPS BALAI POLIS BATU BERENDAM ????
Pada 14 Oktober 2025 (Selasa) telah berlangsung Ceramah Anti Buli yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Balai Polis Batu Berendam bertempat di SK Taman Merdeka. ????♂️
Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid tentang bahaya buli, cara menanganinya, dan kepentingan menghormati rakan serta warga sekolah.
Melalui sesi interaktif dan perkongsian pengalaman sebenar oleh pihak polis, murid dapat memahami bahawa buli bukanlah gurauan — tetapi satu perbuatan yang boleh memberi kesan besar kepada mangsa dan pelaku.
Semoga usaha ini dapat melahirkan warga sekolah yang berdisiplin, berakhlak mulia dan saling menghormati antara satu sama lain. ????????