????️ PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK TAMAN MERDEKA 2025 ????️
Alhamdulillah, Perkhemahan Badan Beruniform SK Taman Merdeka 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 11–12 Oktober 2025 bertempat di Usima Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Haniff bin Omri, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. ????
Program selama dua hari satu malam ini berjaya memupuk nilai kepimpinan, kerjasama, disiplin dan jati diri dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti lasak dan berpasukan yang menyeronokkan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing serta urus setia yang telah memastikan perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna buat semua peserta! ????✨
???? Buku Program Digital:
https://heyzine.com/flip-book/c0e0b9daf2.html