• Main
  • News

???? Majlis Persaraan: Selaut Kasih Budi Di MERDEKA ????

24 September 2025 (Rabu) | 8:00 pagi - 10:00 pagi
Dewan Bapa Kemerdekaan, SK Taman Merdeka

Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis penuh penghargaan dan emosi bagi meraikan persaraan Encik Mazlan bin Babok, GPK Kokurikulum SK Taman Merdeka.

Majlis "Selaut Kasih Budi Di Merdeka" ini adalah tanda kasih warga SKTM atas segala jasa, budi dan pengorbanan beliau sepanjang perkhidmatan.

Encik Mazlan bukan sahaja seorang pemimpin yang berdedikasi, malah insan yang sangat disenangi oleh warga sekolah. Pemergian beliau meninggalkan seribu satu kenangan manis yang akan terus terpahat di hati kami semua.

Selamat bersara dan semoga terus diberi kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan dalam fasa kehidupan yang baharu.

"Jasamu dikenang, budimu disanjung. Terima kasih, Cikgu."

#MajlisPersaraan #SelautKasihBudi #SKTamanMerdeka #TerimaKasihCikgu #Persaraan2025 #WargaSKTM #KenanganDiMerdeka