???????????? MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2025 ????????????
????️ Hari : Jumaat
???? Tarikh : 29 Ogos 2025
???? Tempat : Dataran Merdeka, SK Taman Merdeka
SK Taman Merdeka telah menyambut Bulan Kebangsaan 2025 dengan penuh warna, semangat dan jiwa patriotik. Program dimulakan dengan Perhimpunan Khas Kemerdekaan yang bergema dengan doa, nyanyian lagu-lagu kebangsaan, dan laungan keramat MERDEKA! yang membangkitkan rasa cinta tanah air dalam diri setiap warga sekolah.
Sorakan semangat kemerdekaan diteruskan dengan Pertandingan Pakaian Beragam yang menampilkan keunikan budaya dan kreativiti murid, serta Pertandingan Basikal Berhias yang berkilauan dengan Jalur Gemilang berkibar megah. ????♂️????
✨ Kibaran bendera, nyanyian patriotik, dan wajah penuh bangga murid serta guru menjadi bukti bahawa semangat kemerdekaan terus mekar di SK Taman Merdeka.
???? Ayuh, bersama kita teruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dengan jiwa yang merdeka, hati yang bersatu, dan semangat cintakan negara! ????????????