???? Program 3R Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia ♻️
Telah berlangsung dengan jayanya pada pagi Rabu, 11 Jun 2025!
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam Hari Pengumpulan Bahan Kitar Semula.
Sumbangan seperti kertas, botol plastik dan tin aluminium bukan sahaja membantu menjaga alam sekitar, malah menyumbang kepada markah Merit Amalan Baik dalam SSDM! ????
Semoga semangat cintakan alam terus subur dalam diri setiap warga sekolah.
???? Kita jaga bumi, bumi jaga kita.