Tahniah SK Taman Merdeka!
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Merdeka atas kejayaan merangkul Pengiktirafan Diamond dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 yang berlangsung pada 26 Februari 2024 di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara.
Sekolah kita telah berjaya memperoleh 4 Diamond hasil komitmen dan usaha berterusan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca melalui penjimatan elektrik, penggunaan air secara cekap, serta penglibatan aktif dalam program kitar semula.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama seluruh warga sekolah yang sentiasa peka dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk kita terus mengamalkan gaya hidup rendah karbon, bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah dan dalam komuniti setempat.
#LowCarbonSchool
#SKTMGoGreen
#MajlisBandarRendahKarbon2024
#4DiamondAward